BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 8, 2010

DUIT bukan segalanya walaupun segalanya memerlukan DUIT


ni lah salah satu ayat yang selalu aku pikir pikirkan

memang lah dalam hidup ni, kalau kita terlalu kejar duit, orang kata mata duitan,
tapi kalau takda duit pun macam-macam problem yang datang pulak

apa pun, ayat ni mcm ada luck juga la kat aku, sebab ayat ni la, secara tak sengaja
aku dapat la RM sikit, walaupun tak banyak

Sebenarnya, benda yang aku agak tak berani nak buat secara open di khalayak ramai ialah...
PUBLIC SPEAKING

korang pun tau kan mcmana bila kena berucap depan orang ramai, kena pulak speaking,
fuh, berpeluh gak aku, tu le yang terjadi kat aku dalam bulan Julai yang lepas

tak pasal-pasal aku terpilih masuk pertandingan public speaking antara jabatan kerajaan
di Pulau Pinang. Semua gara-gara satu kursus public speaking yang aku join la, sebab
aku tau, aku mmg lemah public speaking nih, sebab tu apply kursus anjuran Pejabat SUK P.Pinang tu

ntah mcamana, aku tersenarai dalam 30 orang terpilih untuk join pertandingan tu,
kena perform plak depan VVIP termasukle Dato SUK sendiri.

masa rehearsal 2 hari sebelum event tu, aku langsung tak blh ingat teks, baca sebijik-sebijik
dari kertas yang aku pegang kat tangan aku huhu

Tapi Alhamdulillah, macam mana datang satu semangat lak, sampai aku tak cukup tido la
malam sebelum pertandingan tu, nak hafal teks punya pasal, sampai la pasi esok, drive nak pi
pertandingan tu pun, sempat dok praktice lagi cakap sorang-sorang dalam kereta

masa dah start pulak, jgn kira la berapa kali aku pi toilet, sampai orang-orang lain senyum je tgk aku, nak buat mcmana, gemuruh le katakan, dah la aku orang yang 2nd last.

tapi mai ja giliran aku, tiba-tiba je datang satu semangat, rasa berapi-api je nak berucap
terus keluar je apa saja aku nak ucap tu, lancar le plak masa tu

Alhamdullillah, tak sangka, hasil usaha aku yang tak seberapa tu, dengan persiapan last minute,
akhirnya aku berjaya mengatasi rasa gemuruh bila berucap depan orang ramai selama ni

berjaya jugak akhirnya aku dapat tempat kedua, yang aku rasa salah satu pencapaian terbaik aku selama ni, sebab aku mmg tak berbakat dalam public speaking ni. Tapi bila dah jadi mcm ni, rasa bersemangat le plak nak buat lg public speaking nih, oh ye, topik yang aku cakap tu, kene mengena ngan happiness, tapi ayat pembuka ngan penutup dia....

MONEY isn't everything eventhough everything needs money

p.s. hehehe macam2 boleh buat dengan RM 70 duit hadiah tu, syukur Alhamdulillah

0 comments: