BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 28, 2010

Peluang Baik untuk Pekerja Kerajaan, Sumber Rezeki DIBONGKARKAN!

Saya Bakri79. Usahawan merangkap pekerja Kerajaan sepenuh masa.

Saya hanya nak tahu, adakah ANDA bekerja dengan kerajaan?

Kalau anda kerja dengan kerajaan, adakah anda berpuas hati dengan income yang anda dapat sekarang?

TAHUKAH ANDA.....

Ramai yang menganggap kakitangan kerajaan adalah seorang yang profesional dan tidak seharusnya melakukan bisnes part time

Namun,tahukah anda ketika anda berfikir sebegitu
Ada Usahawan Kerajaan yang sedang tersenyum dan secara senyap-senyap menjana 4-5 angka sebulan

Mereka ada gaji tetap di sektor kerajaan- Mereka low profile- Mereka juga mempunyai masa 24jam

Tapi pelik kenapa mereka dapat bercuti ke luar negara setiap tahun?Ini saya ingin dedahkan kepada anda....

Jeng jeng jengg....

14 Usahawan Kerajaan & 14 Teknik rahsia yang bakal merubah persepsi anda terhadap kakitangan kerajaan selama-lamanya

Ketahui dengan lebih lanjut di KLIK SINI ---



Kalau tak dapat klik, sila copy dan paste di web browser.

Salam usahawan dari saya.

Tuesday, September 21, 2010

Melayu - Usman Awang



Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua´alaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.


Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka


-Allahyarham Usman Awang-

Wednesday, September 15, 2010

Pakat Mai Ramai-Ramai!!!


Wednesday, September 8, 2010

DUIT bukan segalanya walaupun segalanya memerlukan DUIT


ni lah salah satu ayat yang selalu aku pikir pikirkan

memang lah dalam hidup ni, kalau kita terlalu kejar duit, orang kata mata duitan,
tapi kalau takda duit pun macam-macam problem yang datang pulak

apa pun, ayat ni mcm ada luck juga la kat aku, sebab ayat ni la, secara tak sengaja
aku dapat la RM sikit, walaupun tak banyak

Sebenarnya, benda yang aku agak tak berani nak buat secara open di khalayak ramai ialah...
PUBLIC SPEAKING

korang pun tau kan mcmana bila kena berucap depan orang ramai, kena pulak speaking,
fuh, berpeluh gak aku, tu le yang terjadi kat aku dalam bulan Julai yang lepas

tak pasal-pasal aku terpilih masuk pertandingan public speaking antara jabatan kerajaan
di Pulau Pinang. Semua gara-gara satu kursus public speaking yang aku join la, sebab
aku tau, aku mmg lemah public speaking nih, sebab tu apply kursus anjuran Pejabat SUK P.Pinang tu

ntah mcamana, aku tersenarai dalam 30 orang terpilih untuk join pertandingan tu,
kena perform plak depan VVIP termasukle Dato SUK sendiri.

masa rehearsal 2 hari sebelum event tu, aku langsung tak blh ingat teks, baca sebijik-sebijik
dari kertas yang aku pegang kat tangan aku huhu

Tapi Alhamdulillah, macam mana datang satu semangat lak, sampai aku tak cukup tido la
malam sebelum pertandingan tu, nak hafal teks punya pasal, sampai la pasi esok, drive nak pi
pertandingan tu pun, sempat dok praktice lagi cakap sorang-sorang dalam kereta

masa dah start pulak, jgn kira la berapa kali aku pi toilet, sampai orang-orang lain senyum je tgk aku, nak buat mcmana, gemuruh le katakan, dah la aku orang yang 2nd last.

tapi mai ja giliran aku, tiba-tiba je datang satu semangat, rasa berapi-api je nak berucap
terus keluar je apa saja aku nak ucap tu, lancar le plak masa tu

Alhamdullillah, tak sangka, hasil usaha aku yang tak seberapa tu, dengan persiapan last minute,
akhirnya aku berjaya mengatasi rasa gemuruh bila berucap depan orang ramai selama ni

berjaya jugak akhirnya aku dapat tempat kedua, yang aku rasa salah satu pencapaian terbaik aku selama ni, sebab aku mmg tak berbakat dalam public speaking ni. Tapi bila dah jadi mcm ni, rasa bersemangat le plak nak buat lg public speaking nih, oh ye, topik yang aku cakap tu, kene mengena ngan happiness, tapi ayat pembuka ngan penutup dia....

MONEY isn't everything eventhough everything needs money

p.s. hehehe macam2 boleh buat dengan RM 70 duit hadiah tu, syukur Alhamdulillah

Wednesday, June 16, 2010

Promosi Hangat! Penghantaran Percuma







Promosi Hangat, Stok Panas, Terhangat Di Pasaran!!!

Dapatkan Replika Ray Ban Aviator 3025 Gold Green Gred A pada harga yang murah.

Item Is Replica 100% maCam Original! Didnt hurt your eyes. Full With Uv protection. Low Cost For High Quality Item.

Harga? Hanya RM 75 sahaja


Description :

Size: Medium
Dimension: 48mm x 55mm
Hinge: 135mm
Frame: Gold
Lense: Green
Protection: 100% UV Protected
Package include: Black Hard Case, Cleaning Cloth and Product Information Booklet

Untuk tempahan, sila e-mel ke bakhavoc@yahoo.com

atau sms pesanan anda ke 012-4873945

100% Satisfaction Guaranteed!!!

Monday, April 5, 2010

Alif Ba Ta Duniaku - Versi Bakri


macam yang aku janji sebelum ni, ni ada satu lagu yang aku rakam kat studio kawan aku. Bagi aku, ok ler, kualiti lagu dia ok ler walaupun aku ni bukan le pro sgt, tp sebab peralatan dia power kot, sebab tu dengar mcm sedap je hehehehehe. kalau nak cuba rakam pun boleh gak, hagra dia murah je, contact je aku kalau nak tau lanjut. Aku buat rakaman ni kat Evergreen Music Studio(EMS), owner dia nama Zam, mmg sporting n sempoi giler brader ni, best buat keja ngan dia



klik ler bawah ni, enjoy...

Alif Ba Ta Duniaku - Bakri

Monday, March 29, 2010

Sutera - Live in Pantai Merdeka

video


Ni pun saja je seronok-seronok masuk, masa family day ofis aku, yang masuk pun semua geng je, so takde la rasa segan sangat. Dan macam biasa la, tak menang pun hehehehe


Takpe la, enjoy...


p.s. Lepas ni aku akan download satu lagu yang aku buat recording kat sebuah recording studio kawan aku, pastu blh la gak promote studio dia, jamming blh, nak rekod lagu pun boleh, sewa sound system dengan dj untuk kenduri kahwin pun boleh, murah je harga dia bagi kat kawan-kawan

Thursday, March 25, 2010

Jujur - Live In Penang

video

Saja-saja mencuba bakat, tak menang pun, nak cari pengalaman je perform di khalayak ramai